ShoutMix chat widget

Saturday, 29 October 2011

CeRiTa iKaN..& HuJaN yAnG mEnCiNtAi SeBuAh PoHOn


Lalu berenanglah kawanan ikan
ke serata air bermukim diam
bertelur membenih ribuan anak
membesarlah ia dengan kasih Tuhan
memakan rezeki di perut lautan
sampai satu waktu matanglah ia
dijaring manusia..

Ikan-ikan di samudera luas
menongkah arus tanpa erti balas
manusia pula menggaris laut menjadi negeri
saling mengacu senjata
mendakwa curi ikan milik sendiri
Kalaulah ikan boleh berkata
pasti tawa menyindr kita;
kami ini tiada warga negara!



Hujan telah jatuh cinta pada sebuah pohon
di tengah-tengah kampung papan.

Hujan selalu mengintai pohon penuh pesona
kanak-kanak berayun buaian di lengan dahan
perawan menanam bunga-bunga di kaki banir
orang tua meminjam dadanya untuk
bersandar
penduduk kampung gemar menghiburkan
diri,
bercanda di bawah kekasihnya,

Setiap malam, hujan akan membasahi kekasihnya
menyuburkan tanah dan meneriakkan bunga-bunga.

Daun pohon dengan malu-malu akan
 mendakap hujan
terima kasih dan cinta.

Lama mereka berkasihan dengan sederhana
sehingga suatu hari hujan berpergian sebentar
apabila pulang,kekasihnya tiada kampung papan telah menghilang
hujan berterusan menangis \membasah bekas kawasan
kampung papan dan kekasihnya
yang mengabur entah ke mana..

No comments:

Post a Comment